Sunday, 19 June 2011

Waktu Bila Wanita Hamil Tidak Boleh Bersenam?


Jika anda mengalami tekanan darah tinggi sewaktu hamil, ada baiknya anda menghentikan seketika program senaman yang sedang dilakukan. Bersenam dalam keadaan ini hanya akan memburukkan lagi keadaan. Sentiasa periksa keadaan anda dengan doktor dan pastikan ia dilakukan sepanjang masa anda hamil. Biar doktor yang menentukan sama ada anda boleh bersenam atau tidak.

Tubuh Suami Pancing Ghairah Isteri

Lelaki memang cukup senang melihat tubuh wanita yang ramping dan seksi. Selain itu dua bahagian yang menjadi tumpuan tentunya bahagian payu dara dan juga punggung. Dua aset yang mantap ini mampu membuatkan suami jadi ghairah malah lebih suka pulang awal dari kerja untuk menyaksikan pemandangan yang indah ini.

Pun begitu sebenarnya juga saja lelaki yang mampu jadi teruja melihat bentuk tubuh kaum wanita, isteri juga boleh berperasaan yang sama. Nafsu mereka mudah saja terpancing tatkala melihat tubuh badan suami yang gagah perkara. Tapi bahagian manakah paling senang dilihat oleh isteri mereka. MW kali ini menceritakan segalanya.

1.Dada Yang Bidang
Kalau lelaki cukup tertarik memandang dada kaum wanita, isteri turut berperasaan sedemikian. Daya tarik lelaki dan wanita untuk bahagian ini sama saja. Biasanya dada lelaki yang bidang dan sasa merupakan impian bagi sebahagian besar kaum wanita.

Hasil kajian mendapati bahawa ramai wanita cukup teruja ingin melihat dada lelaki yang terselindung di sebalik kemejanya. Ada juga wanita yang berasa terangsang melihat dada lelaki yang sasa dan juga berbulu. Lelaki yang memiliki dada sedemikian dilihat sangat gagah.

2.Perut Yang Rata
Ramai wanita menginginkan perut pasangannya berketul-ketul dengan otot. Sekali lagi, bahagian tubuh sebegini melambangkan keperkasaan yang memang dimahukan oleh wanita dari setiap lelaki.
Sebabnya sewaktu berhubungan intim, wanita akan sangat ghairah melihat perut lelakinya yang rata tanpa lebihan lemak. Perut yang rata juga menandakan bahawa si lelaki suka bersenam dan menjaga kesihatan dan pemakanannya.

3.Lengan berotot
Lengan yang suka dilihat oleh wanita bukanlah seperti lengan ahli bina badan yang berurat dan berketul. Ada wanita yang takut malah geli melihatnya. Sebaliknya bahagian lengan suami yang didambakan cukup sekadar berotot, tampak kuat dan tidak lembik.
Wanita merasakan bahagian ini seksi kerana lengan ataupun bahagian bisep lelaki turut menandakan kekuatan. Wanita suka berada bersama lelaki yang dilihat kuat kerana mereka berasa yakin bahawa sang lelaki mampu melindungi dirinya. Selain itu bahagian lengan yang berotot juga menandakan bahawa seorang lelaki itu bekerja kuat dan menjaga tubuhnya.

4.Bahu tegap
Berdasarkan satu penyelidikan pendidikan seks di Britain, ramai wanita mengatakan bahawa bahu lelaki yang lebar dan tegap merupakan salah satu kriteria keseksian kaum lelaki. Bahagian bahu dapat melambangkan kekuatan, kejantanan dan keperkasaan.

5.Bibir yang Seksi
Bentuk bibir yang indah mampu membuatkan wanita terasa ghairah. Ia dilihat seksi oleh kaum wanita. Keindahan bibir kaum lelaki juga akan dikaitkan dengan potensi keintiman yang mungkin diperoleh dari pemilik bibir tersebut.
Bentuk bibir yang indah mungkin berbeza mengikut pandangan wanita. Ada yang merasakan bibir merah dan nipis sebagai seksi dan ada juga yang berasakan lelaki yang memiliki bibir tebal tampak cukup menarik.

6.Jari jemari bersih
Bagi sebahagian wanita, tangan lelaki mampu memberikan ghairah tersendiri. Ada lelaki tidak mengendahkan anggota tubuh ini, seperti kuku dibiarkan panjang dan kotor. Tangan seorang lelaki terawat dan bersih menggambarkan keprihatinan mereka terhadap kebersihan dan penjagaan tubuh. Perkara inilah yang disukai oleh kaum wanita.

7.Ukuran alat sulit
Alat sulit lelaki iaitu penis memang mendapat perhatian besar daripada kaum wanita. Meskipun tidak dinyatakan secara spesifik ukuran besar atau kecilnya yang penting adalah warnanya yang sekata dan tidak mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

8.Punggung mantap
Keseksian lelaki juga dilihat daripada bahagian punggungnya. Kaum wanita cukup senang melihat punggung lelaki yang mantap seperti para atlet.

Tidak ghairah

S : Doktor, saya berusia 24 tahun dan baru mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan keluarga saya sebulan yang lalu. Sepanjang saya bergelar suami, saya langsung tidak ada perasaan ghairah atau seronok untuk melakukan hubungan kelamin dengan isteri. Adakah hal ini normal kerana saya berkahwin dengannya bukan atas dasar cinta? Saya berharap doktor dapat membantu kerana saya tidak mahu perkahwinan saya berakhir disebabkan perkara ini.


J : Anda telah pun diijabkabulkan dengan perempuan yang anda tidak pernah cinta dan anda setuju kepada pernikahan itu dan nikah itu pun telah disaksikan oleh ramai orang. Isteri anda pun telah bersetuju di hadapan ramai saksi dan menerima anda sebagai suaminya. Jelas, anda telah berkorban untuk keluarga dan telah menerima wanita tersebut sebagai isteri anda. Jika sekarang anda memberitahu yang anda tiada apa-apa perasaan kepadanya, maka anda telah melakukan satu kesalahan yang besar, iaitu menipu diri, menipu wanita yang bergelar isteri dan juga menipu semua orang yang menyaksikan pernikahan anda dengannya.

Perkahwinan tidak boleh dipaksa. Jika anda masih pegang dengan tanggapan yang cinta mustahak sebelum berkahwin, anda sebenarnya sudah melanggar syarat-syarat tersebut. Anda tidak boleh mensia-siakan wanita yang sekarang sudah bergelar isteri anda dan menjadikan dia mangsa sikap anda yang berpura-pura. Jika anda bersedia untuk menerimanya, yang mana anda sudah pun lakukan, anda perlu bersedia untuk membuka hati anda menerimanya dan menghayatinya. Jika anda boleh buat begitu, mungkin perkahwinan anda dapat diselamatkan. Anda perlu sedar, kesemua ini ialah perbuatan anda. Anda yang terima nikah itu. Anda tidak boleh salahkan sesiapa.

Testis Bengkak

S : Doktor, baru-baru ini saya dapati testis saya membengkak, berwarna merah seperti kena gigitan semut api dan sakit jika ditekan. Saya risau memikirkan tentangnya tetapi takut untuk bertemu doktor lebih-lebih lagi jika doktor tersebut perempuan. Doktor, apakah yang sebenarnya berlaku dan apakah yang perlu saya lakukan?


J : Testis ialah buah zakar dan jika membengkak, kerandut buah zakar akan kelihatan besar. Jika kerandut buah zakar yang bengkak dan kulit merah radang, itu adalah masalah kerandut buah zakar dan jika bahagian yang bengkak itu ada tanda kemerahan, mungkin bahagian tersebut yang mengalami masalah.

Keradangan kulit kerandut boleh berlaku jika kulit tersebut tercedera akibat mencukur bulu roma atau terdapat kudis atau bisul akibat mengaru. Bisul mula berlaku sebagai kemerahan kulit dan terdapat gelembung yang keras dan kemerahan. Keadaan ini dikenali sebagai ‘cellulitis’ dan jika bahagian gelembung itu pundi yang menghasilkan pelembap semula jadi, maka akan terdapat ‘jerawat’. Gelembung itu boleh membesar dan bergantung pada kesihatan badan dan tahap infeksi. Bahagian tersebut akan terasa sakit jika ditekan.

Untuk kepastian, anda perlu jumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan. Jangan khuatir tentang jantina doktor, tugas mereka ialah untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Jika anda biarkan tanpa buat apa-apa, kemungkinan masalah yang dialami itu boleh menjadi ketara. Jadi, cepat berjumpa doktor jika masalah tersebut masih ada.

Terlepas Temankan Isteri


Hari Jumaat, 14 Mei 2010 tidak akan ku lupakan dalam lipatan hidup kami sekeluarga. Perjalanan kami sekeluarga dari Skudai ke Felda Bukit Dading, Ajil, Terengganu memang penuh debaran. Hari sebelumnya, kami membuat pemeriksaan mingguan ibu mengandung di Pusat Kesihatan UTM. Doktor cuma berkata agar kami berhati-hati semasa dalam perjalanan. Jika ada apa-apa, kami perlu terus ke hospital berdekatan.
Keesokan hari, awal pagi Jumaat kami sekali lagi membuat pemeriksaan kesihatan ke atas kandungan di Klinik Fatimah, Taman Universiti. Doktor memberi reaksi bahawa serviks isteriku sudah terbuka 1.5 sm. Beliau menjangkakan paling awal isteriku akan bersalin di sebelah petang atau malam hari Jumaat. Jadi, kami bersepakat meneruskan hasrat pulang ke Terengganu.


Jam 11.30 pagi kami memulakan perjalanan. Pada awal perjalanan, isteriku tidak menunjukkan apa-apa tanda. Selepas dua jam perjalanan, isteriku mula sakit. Risau dan bimbang mula membelenggu. Syukur, tepat jam 7 malam kami sampai di Ajil. Setelah siap berkemas, aku, isteri, ibu mertua dan tok nik tiba di Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang pada jam 10 malam. Setelah membuat pendaftaran dan pemeriksaan, kami kecuali isteri menunggu di luar wad bersalin. Jururawat memberitahu serviks isteriku baru terbuka 2 sm. Dalam fikiran, tempoh isteriku lambat lagi. Oleh itu, aku bertemu bapa mertuaku di Kuala Berang sambil menikmati teh tarik dan roti tempayan dengan kuah kari kambing. Setelah selesai, aku bergegas semula ke hospital.

Di luar wad bersalin, isteriku menghantar SMS bahawa beliau mula mengalami kontraksi 5 minit sekali. Jelas kedengaran, suara perempuan berteriak memanggil jururawat. Itu suara isteriku yang benar-benar mahu bersalin. Pihak hospital memohon maaf kepada kerana tidak sempat memanggilku untuk menemani isteri yang bersalin pada 2.15 pagi. Aku redha dengan ketentuan-Nya.


Aku terus bertemu isteri untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana melahirkan bayi pertama lelaki yang selama ini kami nantikan, Ku kucup dahi isteri kemudian mengucup dahi anak lelakiku yang bernama Muhammad Azfar. Ku laungkan azan di sebelah kanan dan ku iqamat di sebelah kiri telinga anakku. Syukur ke hadrat Ilahi, isteriku selamat bersalin walaupun sudah tiga kali aku terlepas menemaninya saat melahirkan anak kami.

Usah Bertahan Hanya Kerana Anak

“Saya dan suami tidak lagi sehaluan. Saya syak suami ada perempuan lain kerana dia tidak lagi ambil tahu tentang hal keluarga terutamanya anak tunggal kami. Saya berbelah-bahagi sama ada mahu memohon cerai ataupun tidak kerana bimbangkan anak kami yang sangat manja dengannya sedangkan saya tiada hati lagi padanya.”


PANDANGAN KAUNSELOR :
Ingin saya kongsikan satu maksud firman Allah SWT dalam ayat 12 surah al-Hujurat: "Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”
Maaf jika puan terasa tetapi saya perlu nyatakan juga. Puan terlalu mudah cemburu dan bersangka buruk terhadap suami. Sikap seperti ini bukan sahaja tidak baik untuk rumah tangga malah untuk kehidupan puan sendiri. Kenapa saya labelkan puan sedemikian? 

Pertama: puan dengan senang menuduh suami mempunyai perempuan lain disebabkan suami tidak lagi mengambil berat tentang puan dan anak. Kedua: puan dengan senang membuang suami daripada hati puan hanya kerana sangkaan yang masih belum pasti kebenarannya.

Hidup kita adalah ujian. Bahagia, derita, berjaya, gagal, miskin atau kaya; semua itu adalah ujian untuk kita hadapi dengan tenang dan sabar di samping usaha dan doa serta tawakkal kepada-NYA. Puan sedang diuji oleh ALLAH SWT dengan sikap suami yang tidak lagi pedulikan hal keluarga; tidak endahkan isteri dan anak. Namun tidak bererti ketidakpedulian itu tanda cinta suami beralih arah.

Sepatutnya puan berusaha mendapatkan penjelasan. Soal dan berbincang dengan suami secara baik; apakah yang mengganggunya? Tidak semestinya wanita yang jadikan dia sebegitu. Mungkin dia mengalami gangguan kerjaya atau penyakit bahaya. Bagi mengelakkan rasa kehilangan, dia “hilangkan” diri terlebih dahulu. Sebaiknya dapatkan kepastian; bukannya hanya dengan sangkaan.

Jika benar suami punya wanita lain, kenapa perlu mengalah begitu sahaja? Puan adalah isterinya dan ada anak bersamanya. Sepatutnya puan berusaha untuk terus memenangi hati suami. Koreksi diri apakah punca dan sebab suami berpusing arah? Tidak semestinya 100% salah suami atau wanita kekasih baru suami. Kita manusia yang tidak sunyi daripada kesilapan dan kelemahan. Muhasabah diri dan usahakan untuk menjadi yang lebih baik. Jika masih belum temui jawapannya, mohon kerjasama suami untuk berterus terang.

Puan boleh praktikkan amalan menulis pengakuan ikhlas. Mohon suami luahkan segala isi hatinya berkaitan puan termasuk sikap yang dia tidak senangi dan perubahan sikap yang dia inginkan. Puan juga lakukan perkara yang sama. Luahkan segala ketidakpuasan hati dengan sikap suami dan jelaskan kehendak dan impian puan berkaitan suami. Puan perlu berusaha menyelamatkan perkahwinan. Bukan hanya kerana anak tetapi kerana akad nikah dan persetujuan puan untuk hidup bersama suami sebagai isterinya dahulu adalah satu perjanjian dan amanah yang perlu dipelihara dan dipertahankan.
Bukan dengan terus mengibarkan bendera putih. Mudah sungguh puan memadam cinta. Terus terang, sikap terlalu ambil mudah ini menimbulkan keraguan saya terhadap pengakuan puan. Fitrah wanita atau isteri: Tidak mudah melepaskan hak miliknya kepada orang lain begitu saja. Hanya dengan syak wasangka, puan mengambil keputusan untuk berpisah. Boleh berikan saya pengakuan ikhlas - bukan suami yang punya cinta baru sebaliknya puan yang ada cinta baru, betul?!

Mohon maaf andai telahan ini salah. Seperti yang saya jelaskan; puan bersikap tidak seperti fitrah seorang wanita yang akan berjuang mempertahankan hak. Mungkin pengakuan puan menerusi soalan ini tidak lengkap namun seperti yang saya terangkan pada awal jawapan tadi, puan sedang diuji. Ujian ALLAH SWT pasti ada hikmah tersendiri. Hikmah bukan musibah sebaliknya anugerah dengan syarat usahakan dengan sedaya upaya tanpa menyerah kalah dengan mudah.
Andai benar telahan saya, saya mohon agar puan berusaha membersihkan hati. Saya faham kita adalah manusia biasa. Tidak kira lelaki atau wanita; suami atau isteri pasti akan ada kasih yang hilang bila tidak lagi dibajai. Namun sebagai isteri, kita tidak sama dengan suami. Syariat tentukan haram bagi isteri untuk menyimpan rasa kasih atau suka kepada lelaki lain selain suami walaupun si suami bersikap setanding syaitan. Jika suami memang jenis jahat, usahakan untuk mengubah dirinya. Betullah ada ayat yang menjelaskan lelaki baik untuk wanita yang baik, begitu juga sebaliknya. Namun, bila ALLAH SWT tentukan dia adalah jodoh kita, bererti Dia ada perancangannya tersendiri. Mungkin hanya kita yang boleh mengubah suami dengan izin ALLAH SWT. Yang penting usaha dan doa.

Ketika berusaha untuk selamatkan hubungan perkahwinan, jangan simpan niat berusaha demi anak semata. Sebaliknya, niatkan untuk kebahagiaan dan kesejahteraan puan, suami dan anak bersama. Jika niatkan kerana anak, insya-ALLAH, DIA akan izinkan perkahwinan kekal tetapi puan tetap tidak akan bahagia. Apa guna kekal dalam perkahwinan sebegitu? Sebab itulah, ikhlaskan hati dan niatkan untuk mencapai kebahagiaan bersama.
Di samping berusaha, pastikan puan mendirikan solat dan berdoa mohon yang terbaik daripada-NYA. Ingat! Jangan pertikai kerja ALLAH SWT. Terus berdoa tanpa putus asa. Kalau doa cepat dimakbulkan, tanda DIA sayang. Bila doa lambat dimakbulkan, tanda DIA rindu dan kasihkan kita dan inginkan agar kita sentiasa berdoa penuh rayuan kepada-NYA. Bila doa kita tidak dimakbulkan, tandanya DIA ada perancangan yang lebih baik. Percaya dan yakinlah!

Hidup bukan satu perhitungan bagi tentukan siapa kalah atau menang. Hidup juga bukan satu perjudian. Sekadar menunggu dan menanti apa bakal jadi. Sebaliknya hidup adalah satu perjuangan. Perjuangan pertahankan hak sendiri, laksanakan hak orang lain, mencipta bahagia diri dan paling penting, menjalankan segala amanah dan tanggung jawab yang telah ditetapkan. Moga DIA mudahkan segala yang terbaik untuk kehidupan puan, suami dan anak di dunia dan di akhirat.

Tampil Menggoda di Mata Suami


Bimbang suami memandang wanita lain yang lebih cantik jelita, para isteri sanggup berbuat apa saja untuk menarik perhatian suami kepada diri mereka. Ada yang menghabiskan wang beribu ringgit untuk rawatan kecantikan dan juga pelangsingan badan.

Tak kurang juga yang sanggup mengamalkan ilmu-ilmu tertentu termasuklah yang bertentangan dengan agama untuk memastikan dirinya kelihatan cantik dan menggoda di mata suami.
Hakikat sebenarnya bagi memastikan diri tampil menarik dan berahi di pandangan suami, isteri hanya perlu bermodalkan apa yang ada pada tubuh badan mereka saja. Ini cara yang perlu anda lakukan.


Rambut Terurus
Bermulalah daripada bahagian paling atas tubuh. Rapikan rambut walaupun anda duduk di rumah. Jangan biarkan rambut yang panjang kusut dan menggerbang sebaliknya dandanlah rambut agar menawan.
Selain itu rawat rambut agar sihat, berkilat dan halus. Biarkan rambut yang panjang melurut ke bahu. Melihat rambut yang cantik halus dan berbau harum ada kalanya mampu mengundang nafsu suami.


1.Bibir Merah Menggoda
Bibir mungil sememangnya tarikan mata lelaki. Namun jika anda tidak memiliki bentuk bibir sebegini, ada cara untuk menjadikan bahagian ini sebagai tarikan suami. Oles gincu merah ketika anda mendampinginya, lebih berkesan jika anda mengenakan gincu di hadapannya kerana ia dilihat seksi oleh lelaki.

2.Pamerkan Kulit
Pamerkan kulit tubuh anda yang bersih dan putih pada suami. Jika anda tidak memilikinya maka belajarlah mengenakan losen. Dalam pada itu ambil kesempatan menyapu losen ini di hadapan suami. Gerakan anda membelai tangan, badan dan kaki sebenarnya cukup erotis buat suami malah lebih erotis dari menonton adegan cumbu-cumbuan dalam filem.

3.Bayangan Menggiurkan
Bangunkan suami di pagi hari dengan pandangan yang menggiurkan. Pakailah baju tidur yang jarang dari kain yang lembut halus seperti sutera. Biarkan rambut anda mengurai tapi bukannya menggerbang. Melihat tubuh anda sebegini akan membangkitkan nafsu suami.

4.Tukar Gaya
Jika selalu anda berbaju T dan berkain batik ketika di rumah, apa kata tukar gaya tersebut. Ketika di rumah bersama suami tak salah kalau anda mengenakan sesuatu yang lebih cantik dan seksi untuk tontonannya. Sekali sekala, kenakan skirt pendek atau baju tanpa lengan yang seksi untuk tatapan suami. Perubahan gaya selalunya akan menyemarakkan keinginan suami apatah lagi jika ia dikenakan di malam hari.

5.Pelihara Organ Intim
Dalam banyak-banyak bahagian tubuh wanita yang dianggap seksi oleh lelaki, organ kewanitaan adalah bahagian yang paling seksi. Oleh itu para isteri disarankan menjaganya dengan baik. Pastikan vagina bersih, tidak berbau dan terhindar dari sebarang penyakit kelamin. Jangan biar suami mengadu apa-apa perkara tentang organ intim ini.