Sunday 12 June 2011

Elak Air Mani Keluar


S : Untuk pengetahuan Doktor, saya bolehlah dikategorikan sebagai seorang yang aktif melakukan hubungan kelamin. Yang merisaukan saya ialah tidak lama lagi saya akan menunaikan umrah tanpa membawa isteri. Saya ingin tahu bagaimanakah caranya untuk saya mengelakkan air mani daripada keluar sepanjang saya di Tanah Suci kelak. Harap Doktor dapat membantu.


J : Anda telah mengkategorikan diri sebagai seorang yang aktif melakukan hubungan kelamin. Untuk pengetahuan, anda bukan seorang sahaja yang berada dalam kategori tersebut. Lagi pun mimpi basah (pengeluaran air mani dalam tidur) merupakan perkara semula jadi dan tidak akan merosakkan ibadah anda ketika di Mekah. Yang penting anda perlu mandi hadas besar sebelum menunaikan sebarang ibadah di sana. Saya tidak galakkan anda makan apa-apa ubat untuk menahan atau mengurangkan pengeluaran air mani tersebut kerana proses itu normal dan bukan penyakit. Yang mustahak ialah anda jangan was-was untuk melakukan ibadah umrah. Insya-ALLAH dengan niat yang baik, anda tidak akan mengalami sebarang kerumitan.

No comments:

Post a Comment