Sunday 12 June 2011

Seks Selepas Bersalin


S : Saya inginkan kepastian bilakah suami boleh mengadakan hubungan seks dengan saya selepas saya bersalin? Saya telah menjalani pantang selama 44 hari tetapi ibu saya kata hubungan seks hanya selepas genap tiga bulan atau 100 hari dari tarikh bersalin.




J : Wanita yang baru bersalin mengalami darah nifas. Perkara-perkara yang dilarang ke atas wanita yang nifas sama dengan wanita yang haid, iaitu tidak boleh solat, puasa, tawaf dan seks. Maksud seks di sini ialah suami menyentuh vagina atau memasukkan zakarnya ke vagina isteri. Adapun selain itu, suami dibolehkan bermain-main dan menyentuh isteri yang sedang nifas atau haid.

Oleh itu suami boleh mengadakan hubungan seks yang memasukkan zakarnya ke vagina isteri selepas isteri berhenti dari nifas atau setelah nifas berubah menjadi darah istihadhah. Para ilmuan Islam berbeza pendapat berkenaan bilakah tempoh maksimum nifas. Ada yang berkata enam puluh hari dan ada yang berkata empat puluh hari selepas kelahiran. Akan tetapi hadis-hadis yang menyatakan tempoh ini semuanya memiliki kelemahan di dalamnya.

Syaikh Musthafa al-‘Adawy dalam bukunya Jami’ Ahkam al-Nisa’, ms. 206-207 telah menerangkan kelemahan hadis-hadis tersebut. Maka beliau membuat kesimpulan bahawa pendapat yang paling tepat bagi tempoh maksimum nifas ialah sehingga pendarahan itu berhenti sepenuhnya atau sehingga ia berubah warna dan ciri-ciri (istihadhah).

Oleh itu, anda dan suami boleh mengadakan hubungan seks apabila nifas telah berhenti sepenuhnya atau apabila ia berubah menjadi darah istihadhah. Tempoh tiga bulan atau 100 hari adalah adat sebahagian orang-orang tua kita, maka perbetulkanlah mereka secara

No comments:

Post a Comment