Sunday 12 June 2011

Berstatus ''Puan'' Di Kampus


Si Buah hati pengarang jantung bersama dengan keluarga datang untuk melamar kamu? Siapa yang tidak suka! pasti kamu insan yang paling bahagia tatkala itu. Oops, tapi kamu masih lagi belajar dan menetap di dalam kampus. macam mana ni?

Get Some

Bahan rujukan

Jika di usia masih muda remaja, kamu sudah pun
sah menjadi milik sang arjuna dengan ikatan yang sah.
Di kampus, pasti kamu menjadi bahan rujukan untuk
teman-teman lain yang masih bersendirian (single) dalam
memberikan nasihat, berkongsi pengalaman dan juga bertanyakan soalan.

Damai

Berbekalkan kilauan cincin di jari manis kamu, jumlah
lelaki lain yang mahu mengurat dan mengacau kamu akan
berkurangan. Bukan sahaja para jejaka di kampus tahu kamu
sudah berpunya, para pensyarah juga akan fokus mengajar
tanpa mahu ambil kesempatan. Apa yang pasti, mereka pasti
akan silau mata melihat ‘bling-bling’ di jari manis mu itu!

Peneman setia

Nama pun pasangan pengantin baru. Apa sahaja
keperluan akan dipenuhi dan segala permintaan akan
ditunaikan. Hal ini termasuklah soal keselamatan dan
penjagaan kamu. Dengan adanya suami tercinta di sisi, kamu
tidak perlu risau lagi untuk mahu ke mana-mana kerana pasti
ada peneman setia di sisi. Kamu kini tidak perlu risau lagi
untuk pulang perbincangan kumpulan jam 12 malam ataupun
lapar pada waktu tengah malam. Sang suami pasti ada 24
jam untuk menjaga kamu. Oh, sweet!

Lose Some

Waktu Santai

Ketika di alam kampus, di masa inilah ada di antara kamu
yang baru nak belajar berdikari, belajar untuk mengenal perit
jerih dunia serta belajar mengenal ragam manusia. Oleh itu,
waktu santai banyak dihabiskan bersama dengan temanteman
dan orang di sekeliling. Kamu juga boleh namun, pasti
perlu minta izin suami atau isteri dahulu. Kan susah pada
waktu belajar, kamu harus memberikan komitmen kepada
dua perkara. Jika diabaikan salah satu, pasti merana diri.

Gosip Liar

Kalau mulut tempayan, bolehlah ditutup dan kalau
mulut manusia? Aduh! Pasti apabila kamu sudah berkahwin
di usia remaja, ada mata yang tidak sedap memandang
dan ada telinga yang tidak harus didengar. Gosip liar yang
mengatakan kamu kahwin kerana terlanjur atau married
by accident? Malunya! Tetapkan iman kamu bahawa kamu
kahwin kerana jodoh telah tiba. Orang yang mengata bukan
faham dan kamu perlu banyak bersabar untuk menempuh
situasi ini. Ingat, jangan sesekali tertekan kerana mulut orang
sehingga terabai pelajaran.

Jangan mengatal!

Berstatus ‘puan’ akan membuatkan pergerakan kamu
sedikit terbatas. Jika dahulu kamu cukup terkenal dengan
gelaran ‘hot chic’ dan sering bertukar pasangan ibarat
menukar baju, kini tidak boleh lagi. Pergaulan dengan
teman berlainan jantina juga akan terbatas apatah lagi jika
ia melibatkan tugasan kumpulan. Jika berlebihan, mungkin
ada yang cemburu buta nanti. Kamu harus tahu membatasi
pergaulan agar status ‘hak milik orang’ yang kamu pegang itu
tidak tercalar. Hmm, tak rasa menyusahkan ke?

No comments:

Post a Comment