Sunday 12 June 2011

Air Mazi


S : Saya berusia 30 tahun dan sudah lima tahun mendirikan rumah tangga. Anak saya kini berusia 3 tahun. Sejak bersalin, saya mendapati air mazi yang keluar ketika saya seronok dengan suami sangat banyak sehingga berlecak. Keadaan ini membuatkan saya rasa tidak selesa. Saya cuba mengawalnya daripada keluar banyak tetapi tidak berjaya. Doktor, saya ingin tahu apakah yang perlu saya lakukan agar masalah ini dapat diselesaikan segera.


J :Cecair yang keluar daripada mukosa faraj ketika anda melakukan hubungan kelamin dengan pasangan adalah cecair semula jadi. Cecair tersebut berfungsi seperti pelicin yang memudahkan pergerakan ereksi suami dalam faraj. Jika cecair itu berlebihan, maka faraj menjadi ‘lecak’ dan kemungkinan terlalu licin untuk suami dan akan mengurangkan cengkaman faraj kepada ereksi. Keadaan ini boleh mengurangkan rangsangan kepada suami atau membuatkan suami mudah terpancut kerana kelicinan itu. Jika lelehan yang keluar itu luar biasa dari segi bau dan corak, maka kemungkinan cecair tersebut hasil daripada jangkitan. Apabila jangkitan terkawal, maka cecair yang keluar akan kembali normal dan tidak ‘lecak’ lagi.
Jika anda mahu menguatkan cengkaman kepada ereksi suami, anda boleh amalkan senaman Kegel atau senaman kemut dan lakukan kemut ketika anda bersama suami. Cara ini sedikit sebanyak akan meningkatkan keseronokan kepada anda berdua. Anda boleh cuba kacip fatimah (seperti NU-FEMME terdapat dari kebanyakan farmasi atau kedai herba) atau manja kani sebagai pengawet mukosa semula jadi. Jika dengan menggunakan herba itu anda mula rasa kurang basah, anda boleh kurangkan penggunaannya. NU-FEMME kacip fatimah dapat membantu melangsingkan otot faraj dan memantapkan kemutan jika diamalkan.

No comments:

Post a Comment