Sunday 12 June 2011

Pencuci Alat Sulit


S : Doktor, untuk menjaga kesihatan alat kelamin, saya sering mencucinya menggunakan cecair pencuci yang dijual di farmasi. Tapi, saya tidak tahu di mana silapnya, kerana sekarang ini setiap kali ingin bersama suami, saya lambat ‘basah’. Adakah ini kesan daripada pemakaian pencuci tersebut? Jika memang kesannya, apakah yang boleh saya lakukan untuk mengembalikan kelembapan pada alat kelamin saya.


J : Amalan mencuci bahagian luar anggota kelamin dengan pencuci spesifik untuk tujuan itu tidak salah, asalkan tidak memberi kesan alahan atau mencuci dengan cara yang betul seperti hanya mencuci bahagian luar alat kelamin dan bukan dalam faraj. Mencuci alat kelamin secara kerap boleh mengeringkan bahagian tersebut. Jika perkara ini berlaku, kulit bahagian tersebut akan kering dan menegang lalu boleh menyebabkan rasa gatal. Jadi, untuk mengatasi masalah kekeringan itu, anda bolehlah sapukan krim pelembap pada alat kelamin selepas mengeringkannya setiap kali dicuci.

Belaian yang diberi kepada alat kelamin sedikit sebanyak dapat menyegarkannya dan memudahkannya bergelora ketika dirangsang sebelum melakukan hubungan kelamin. Setiap kali anda dan pasangan anda ingin melakukan hubungan intim, anda boleh merangsangnya dengan menggosokkan hujung ereksi pasangan ke bahagian vestibule iaitu bahagian antara bibir kecil supaya mukosanya mengeluarkan rembesan dan membasahi bahagian tersebut sebelum anda masukkan penghujung ereksi ke dalam faraj.

No comments:

Post a Comment