Sunday 12 June 2011

Jaga Kebersihan Faraj


S : 3 bulan lepas, saya melahirkan anak secara normal. Hingga kini saya masih terasa ngilu pada bekas jahitan dan takut untuk bersama suami. Saya juga mengalami keputihan yang banyak sehingga membuatkan saya sangat tidak selesa. Bagaimanakah cara untuk menyelesaikan masalah ini?
Ina, Bangi, Selangor


J : Wanita yang melahirkan anak secara normal terdedah kepada risiko koyakan semasa bersalin atau luka episiotomi. Terdapat beberapa tahap koyakan bersalin iaitu koyakan pada kulit sahaja sehingga koyakan pada kulit dan otot faraj (koyakan perineum).
Biasanya luka ini dijahit dengan benang jenis cat gut atau vicryl iaitu sejenis benang yang dibuat daripada protein dan akan hancur serta lesap dengan sendirinya selepas 10 hingga 12 hari dan luka sembuh sepenuhnya dalam tempoh 20 hari sekiranya dijaga dengan baik.
Masalah keputihan bersama-sama dengan bau yang tidak menyenangkan dan kegatalan menandakan berlakunya jangkitan pada luka bersalin atau jangkitan dalam faraj itu sendiri. Sekiranya masalah ini berlaku, anda dinasihatkan berjumpa doktor selain memastikan kebersihan faraj dijaga dengan baik dengan menggunakan cecair pencuci faraj.
Rasa ngilu sekiranya disertai dengan rasa sakit mungkin menandakan luka bersalin tersebut belum sembuh sempurna. Walau bagaimanapun, ia turut dipengaruhi oleh keadaan psikologi dan rasa takut atau fobia yang dialami oleh anda dan masalah ini selalunya akan hilang dengan sendiri secara perlahan-lahan.

No comments:

Post a Comment