Sunday 12 June 2011

Suamiku Menggigil



Pengalaman bersalin anak sulung tidak akan ku lupakan. Aku dan suami tinggal berasingan. Aku berkerja di Kuala Lumpur, suami pula di Sepang. Sehari sebelum bersalin aku diperiksa doktor yang mengesahkan serviks terbuka 1sm. Suami pula asyik menelefon bertanyakan keadaanku. Keesokan harinya, aku mendaftar masuk wad seawal 7 pagi dan diberi ubat mencetuskan kontraksi.
Suamiku terpaksa mengambil cuti dan datang ke hospital bagi menyaksikan sendiri kelahiran anak sulungnya. Kontraksi semakin kerap dan menyakitkan bermula jam 2 petang. Kesakitan akibat kontraksi menyebabkan aku terlebih menghidu etonox.


Akibatnya jantung bayiku menjadi perlahan. Jururawat cemas. Kebetulan doktor tiba membuat pemeriksaan dan mendapati bukaan servisk 10sm. Aku dinasihati agar mengikut arahan doktor sepanjang proses bersalin. Suamiku menggelabah. Lututnya menggigil melihat aku meneran dan kesakitan. Doktor menasihati suamiku agar bertenang kerana risau suami pula yang pengsan selepas melihat darah yang banyak.
Setelah berusaha melakukan yang terbaik, akhirnya bayi perempuanku seberat 3.02kg lahir ke dunia. Dia diberi nama Elia Elisa lahir pada 18 September 2009 pada jam 5.29 petang. Suamiku begitu teruja. Dia mencium dahiku berkali-kali dan berterima kasih kepada kerana melahirkan zuriatnya.

No comments:

Post a Comment