Sunday 12 June 2011

Seks Selepas Melahirkan


S : Sejak kelahiran anak pertama, saya kurang mengadakan hubungan seks bersama suami disebabkan rasa gerun dan sakit ketika bersama. Suami juga tidak mendesak saya. Tetapi adakah saya berdosa kerana tidak melayaninya?

Wangsa Maju,
Kuala Lumpur

J : Seorang isteri hanya dikira salah apabila suami meminta hubungan seks namun dia enggan melakukannya. Rasulullah mengingatkan: “Jika seorang suami mengajak isterinya untuk berhubungan, akan tetapi dia (isteri) tidak memenuhi ajakan suami hingga malam itu suaminya marah, maka dia (isteri) mendapatkan laknat para malaikat sampai subuh.” [Shahih Muslim, no: 2596] Namun ini hanya merujuk kepada isteri yang enggan tanpa alasan yang munasabah. Adapun bagi isteri yang keletihan kerana kerja rumah, menjaga anak atau tidak sihat, maka dia dikecualikan kerana ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Adapun hikmah di sebalik hadis di atas ialah apabila isteri melayan kehendak seks suami, malah melayan dengan sebaik-baiknya, dia dapat mengelakkan suami daripada mencari alternatif lain yang menyalahi hukum Islam seperti menonton gambar atau video lucah dan berzina. Seks juga dapat menaikkan motivasi suami isteri dalam meneruskan kerja masing-masing pada keesokan hari, memekarkan kasih sayang dan meningkatkan kesihatan.
Bahkan seks juga merupakan satu ibadah yang menjana pahala kepada suami isteri. Rasulullah pernah menerangkan bahawa: “Dalam perhubungan seks seseorang kalian terdapat nilai sedekah.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Adakah dalam rangka kita memuaskan nafsu syahwat, seseorang itu mendapat ganjaran pahala?”

Rasulullah menjawab: “Tidakkah kalian perhatikan jika dia melakukannya ke atas apa yang haram baginya, dia akan mendapat dosa? Maka demikianlah jika dia melakukannya ke atas apa yang halal baginya, maka baginya ganjaran pahala.” [Shahih Muslim, no: 1674]

Merujuk kepada soalan di atas, anda tidak bersalah kerana suami tidak meminta hubungan seks. Namun nasihat saya, jangan mendiamkan subjek ini kerana tidak ramai suami yang tahu cara menyuarakan apa yang dia inginkan. Maka dapatkanlah nasihat doktor sakit puan anda tentang bila dan bagaimana anda berdua dapat melakukan hubungan seks tanpa

No comments:

Post a Comment