Sunday 12 June 2011

Lemah batin kerana berat


S : Doktor, saya berusia 35 tahun dan sudah berkahwin selama hampir 10 tahun. Saya telahpun dikurniakan sepasang cahaya mata berusia 4 dan 7 tahun. Untuk pengetahuan Doktor, sejak dua tahun kebelakangan ini berat badan saya naik dengan banyak. Sekarang berat saya 102kg berbanding hanya 67kg ketika baru berkahwin dahulu. Akibatnya, saya cepat letih dan sukar untuk melakukan hubungan kelamin dengan isteri. Doktor, apakah yang perlu saya lakukan agar masalah ini dapat diselesaikan segera. Lebih-lebih lagi, saya dan isteri memang ingin menambah bilangan anak.


J : Anda telah pun menjelaskan punca anda mengalami masalah lemah tenaga syahwat dan tenaga batin dalam umur yang agak muda iaitu obesiti. Hubungan seksual memerlukan stamina, tenaga dan kekuatan daya fizikal. Oleh yang demikian, anda perlu menjalani program penurunan berat badan seperti yang banyak diiklankan dalam majalah dan media massa tempatan. Mungkin selama ini anda tidak begitu peka tentang pengambilan makanan. Untuk memiliki tubuh badan yang sihat, anda perlu makan makanan seimbang dan kurangkan pengambilan makan yang tinggi kalori tinggi seperti makanan kaya karbohidrat. Ini bermakna, anda perlu kurangkan makan nasi. Lebihkan makan sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan serat yang boleh membuatkan anda rasa kenyang.

Di samping itu, anda perlu melakukan senaman secara berkala. Senaman bercorak aerobik sangat sesuai, misalnya berjalan cepat sambil menggoyang-goyangkan tangan, berenang dan apa sahaja aktiviti fizikal yang dapat meningkatkan stamina kepada anda. Sekiranya anda berjaya melakukan senaman selama setengah jam sehari, itu sudah memadai.

Selain senaman, anda boleh juga mengamalkan pengambilan suplemen herba yang sesuai untuk meningkatkan metabolisme badan. Saya syorkan Tongkat Ali jenama NU-PREP 75 atau NU-PREP 100 yang telah diuji keberkesanannya dalam mengurangkan keletihan dan meningkatkan tenaga. Herba ini boleh didapati di kebanyakan farmasi. Jadi, jangan berlengah lagi. Lakukanlah apa yang disyorkan ini. Semoga kesihatan anda lebih terkawal.

No comments:

Post a Comment